Chef "Ratatouille" Diiktiraf Terbaik Di Dunia

LONDON – Wanita kelahiran Perancis, Helena Darroze, 48 tahun; yang mencetuskan ilham kepada watak tikus ‘si tukang masak’ dalam filem animasi terkenal Ratatouille, baru-baru ini diiktiraf sebagai chef terbaik di dunia.

Perkara itu diumumkan majalah makanan berprestij Britain, Restaurant pada Rabu dan beliau bakal menerima hadiah Madame Veuve Clicquot 2015 menerusi majlis Anugerah 50 Restoran Terbaik Dunia di sini Jun depan.

Darroze yang sering berulang-alik antara Britain dan Perancis bertugas sebagai chef restoran di London dan Paris; sebenarnya generasi keempat tukang masak dalam keluarganya yang pernah memiliki sebuah restoran di Landes.

Berbekalkan pengalaman suka memasak ‘pencuci mulut’ untuk makan malam keluarganya sejak berumur 12 tahun, Darroze pernah dibimbing chef ternama, Alain Ducasse sejak 1995 yang mengambil alih restoran keluarganya.


Dia menjadi terkenal pada usia 32 tahun apabila membuka restoran dengan nama sendiri di sebalik kesibukan untuk membesarkan dua anak angkat perempuan: Charlotte, kini lapan tahun; dan Quiterie, enam tahun.

Kejayaan itu memberi ilham kepada Darroze mencipta watak imaginasi tikus bernama Remy yang mahir memasak di restoran Perancis dalam filem popular ‘pecah panggung’ keluaran Walt Disney Pictures, Ratatouille pada 2007.

Malah nama Ratatouille dalam filem itu sebenarnya ialah pencuci mulut dalam bahasa Perancis bersempena bakat Darozze dalam menyediakan ‘hidangan penutup’ yang banyak dipelajari daripada rahsia petua datuknya sendiri.

Beliau dipilih hasil pengundian hampir 1,000 pakar industri makanan seluruh dunia yang menjadi ahli kepada World’s 50 Best Restaurant Academy anjuran pengeluar kad kredit antarabangsa, Diner’s Club. – Agensi