Curang Punya Pasal, Semua Barangan Apple Miliknya Direndam Kekasih!

SEORANG wanita di Jepun dikatakan tidak teragak-agak untuk memberi pengajaran kepada teman lelakinya yang curang.

Mungkin terlalu geram, wanita itu dengan telah bertindak merendam kesemua gajet jenama Apple seperti Macbook, Ipad dan Iphone milik teman lelakinya itu di dalam jakuzi.

Dia kemudiannya memuat naik gambar tersebut ke laman sosial twitternya dan mendapat perhatian serta viral di serata dunia.

Wanita itu kini mendapat amaran daripada Twitter gara-gara tindakannya itu.

Memang ganas perempuan zaman sekarang dan diharap kaum lelaki semua janganlah curang jika tidak mahu jadi mangsa sebegini. Setialah pada yang satu.

Bagaimanapun, kami tertanya-tanya, apakah agaknya reaksi teman lelaki dia selepas melihat perbuatan wanita it, kan? -Kedahnews.com