ALOR SETAR – Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menyatakan kesanggupan dirinya untuk bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamad.
Katanya, beliau sanggup bekerjasama dengan musuh ketat politiknya itu
supaya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim
dapat dibebaskan daripada Penjara Sungai Buloh.
“Tidak meragukan bahawa agenda utama untuk `menyelamatkan Malaysia’
adalah dengan pembebasan Anwar supaya dapat kembali kepada politik
negara.
“Atas agenda itu, saya bersedia untuk bekerjasama dengan Mahathir
bagi menyelamatkan Malaysia,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
Anwar dihukum penjara selama lima tahun kerana didapati bersalah oleh
mahkamah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Mahathir pula sejak kebelakangan ini pula sering mengkritik
pentadbiran kerajaan kerana tidak berpuas hati dengan keengganan
kerajaan melaksanakan projek pembinaan jambatan bengkok di Johor. -Kedahnews.com