SHANGHAI – AirAsia melancarkan pelbagai program dan promosi khas
untuk meraikan ulang tahunnya ke-10 di China dan kerjasama dengan
UnionPay International (UPI).
Dalam kenyataan hari ini, AirAsia berkata pemegang kad UPI akan
menikmati diskaun 50 peratus bagi penerbangannya yang berlepas dari
China dengan membuat tempahan melalui airasia.com antara tengah hari ini
dan 16 April, 2015 bagi tempoh perjalanan dari 1 Sept, 2015 hingga 31
Jan, 2016.
“Mereka dapat meneroka destinasi di Malaysia, Thailand, Australia dan banyak lagi,” katanya.
Katanya Tune Hotel turut menawarkan sehingga 30 peratus diskaun untuk
penginapan di hotelnya di Malaysia, Australia dan United Kingdom bagi
pemegang kad UPI.
“Promosi itu bermula tengah hari ini sehingga 26 April, 2015,” katanya.
UPI merupakan anak syarikat China UnionPay. – BERNAMA