Jika ditanya kepada peminat drama Korea di negara ini apakah drama
pertama pernah ditonton dan digemari mereka, rata-rata pasti akan mengatakan ianya
adalah Winter Sonata.
Inilah drama Korea pertama paling berjaya mencuri hati mereka untuk melayan karya seni dari negara Asia Timur itu hingga terbit lagu "Sonata Musim Salju", nyanyian Hazami, yang dipercayai telah diadaptasi dari siri drama tersebut.
Winter Sonata yang mula ditayangkan di saluran tv tempatan
pada 2002 mencetus fenomena tersendiri di Malaysia apabila menjadi
perintis kepada lambakan drama Korea selepas itu.
Satu berita baik buat peminat Winter Sonata, pihak produksi drama itu mengatakan ianya bakal kembali dengan sekuel yang sudah dirancang oleh pihak mereka.
Ketua syarikat pengeluaran Pen Entertainment, Park Young Suk
mengatakan, “Kami telah berkumpul bersama semua yang terlibat dalam Winter Sonata untuk sekuel ini. Sekarang team produksi dalam proses menjana idea untuk jalan ceritanya.”
Winter Sonata yang dibintangi oleh Bae Yong Joon dan Choi Ji
Woo bukan sahaja mencetuskan fenomena tersendiri malah sejak drama itu
ditayangkan di Malaysia, bilangan pelancong tempatan ke Korea meningkat
gara-gara tertawan dengan panorama cantik yang diselitkan dalam drama
terbabit. -Kedahnews.com