Gambar Hiasan |
KUALA LUMPUR – Dua sahabat dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM500 kerana bergaduh di tempat awam.
Kedua-dua tertuduh F.Logeswaran, 25, dan A. Selvandran, 32, mengaku
bersalah dalam kejadian di kawasan permainan Blok 100 Projek Perumahan
Rakyat Sri Pantai, Pantai Dalam, Brickfields, pada pukul 3 petang, 5
April lepas, mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.
Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan Mahkamah memerintahkan Logeswaran,
seorang penghantar surat dan Selvandran, seorang krew produksi
dipenjara dua minggu jika gagal membayar denda.
Kedua-dua tertuduh
membayar denda itu.
Tiga lagi suspek yang terbabit dalam kejadian itu masih bebas.
Terdahulu kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon
mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan mereka sudah insaf dan
berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu selain perlu menanggung
keluarga masing-masing.
Timbalan Pendakwa Raya Norazlin Mohamad Yusoff bagaimanapun memohon
mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pencegahan dan memastikan
tertuduh tidak mengulangi perbuatan yang sama. – BERNAMA