Gadis Cina Dakwa 90% Kedai Telefon Bimbit Cina Tipu Pengguna?

Rentetan dari kejadian seorang lelaki warga asing dibelasah peniaga Cina di The Mines, Serdang baru-baru ini, seorang gadis dipercayai berbangsa cina, Stephanie Tan, tampil mendedahkan peniaga telefon bimbit Cina didakwa sering menipu pelanggan mereka.

Stephanie yang mengaku merupakan salah seorang bekas pekerja kedai telefon itu berkata, hampir 90 peratus kedai telefon yang dimiliki oleh bangsanya menipu pelanggan mereka dengan pelbagai kaedah.

"I must say 90% kedai handset dimiliki oleh Cina memang penipu. I sendiri kerja di kedai handset dan saya tahu taktik bos I untuk menipu customer.

"I pun tak faham, kenapa perlu tipu? Nak untung tapi cari duit yang tak halal buat apa? I sedih kaum Cina saya sendiri buat macam tu," tulisnya di laman sosial Facebook baru-baru ini. 


Kenyataannya yang dilihat sebagai berani itu mendapat reaksi positif di laman warga netizen yang lain turut menyokong gadis Tiong Hua tersebut dan kini status berkenaan semakin viral di laman-laman sosial.

Stephanie turut tidak lokek untuk memberikan beberapa tips kepada para pengguna supaya lebih berhati-hati ketika membeli telefon pintar di kedai-kedai telekomunikasi milik bangsanya.

"I give you all some tips. Next time if nak beli fon (hanphone) Lenovo, nak tahu dia original atau tidak, tengok pada kotaknya. If just putih kosong tulis Lenovo and what model, itu 'AP'.

"Original Lenovo, kotak dia ada gambar handset sekali. iPhone pula jgan beli AP set kat kedai. Kebanyakannya dah mati expired dengan Apple Store. That's why warranty kedai," katanya yang dipetik dari sumber.


Bagaimanapun, tindakan gadis itu yang mendedahkan taktik kotor berkenaan dikatakan telah mendapat tentangan dari beberapa individu yang berkemungkinan berkerja di bidang yang sama.

Mereka mengecam tindakan Stephanie dan mendakwa kononnya gadis berkenaan telah berbohong serta mendesaknya supaya mengemukakan bukti yang mendakwa 90 peratus peniaga telefon bimbit berbangsa Cina di negara ini menipu para pelanggan.

Bagaimanapun, Stephanie meminta individu yang mencabarnya itu supaya membuktikan kepadanya terlebih dahulu bahawa 90 peratus peniaga telefon bimbit berbangsa Cina tidak menipu pelanggan.

Stephanie begitu yakin sekali dengan dakwaannya dan menegaskan bahawa dia tidak sama sekali gentar mendedahkan perkara itu kepada orang ramai.

"I don't give a f*ck if no one like me. At least I didn't lie to myself and other people," tegas gadis itu yang turut mendakwa gedung membeli-belah gajet terkenal, Low Yat Plaza, sebagai bukan tempat yang selamat untuk melabur duit membeli telefon bimbit ekoran terlalu banyak aduan dari orang ramai yang mendakwa ditipu peniaga di situ.

Kes-kes penipuan penjualan telefon bimbit semakin kerap berlaku dan ramai pengguna mendakwa mereka telah menjadi mangsa kepada para peniaga yang tamak ini, khususnya di kiosk-kiosk persendirian.

Bagaimanapun, biarpun telah banyak aduan yang dilaporkan, hanya sebilangan kecil saja yang telah dikenakan tindakan dan ekoran kekurangan bukti yang kukuh, para peniaga telefon bimbit yang terlepas itu masih bermaharajalela kerana dipercayai mempunyai modus operandi yang licik untuk diambil tindakan terhadap mereka.


Nasihat dari Kedahnews.com, kami menyarakan agar para pengguna membeli telefon bimbit dari wakil-wakil jualan lantikan yang sah atau beliah dari pengeluar telefon bimbit itu sendiri bagi mengelak sebarang keraguan.

Misalnya, untuk membeli produk keluaran Apple, pengguna boleh membeli dari Apple sendiri menerusi pembelian online, beli di butik Machine atau Switch yang berdekatan. 


Bagi jenama lain pula, pengguna boleh membeli dari premis-premis yang diakui sah di dalam senarai pengedar produk jenama berkenaan. -Kedahnews.com



Sumber asal: TheHypeMedia