Gadis Kacukan Dari Negeri Sembilan Dimahkota Miss Universe Malaysia Edisi 2015

Miss Universe Malaysia 2015
ALOR SETAR - Pertandingan ratu cantik Miss Universe Malaysia edisi 2015 menobatkan gadis berusia 24 tahun dari Negeri Sembilan iaitu Vanessa Tevi Kumares sebagai juara, sekaligus bakal mewakili Malaysia ke peringat antarabangsa.

Graduan jurusan pengurusan pelancongan dari Britain itu berjaya mengetepikan saingan dari 16 calon lain.

Vanessa Tevi crowning

Tempat kedua telah diraih oleh Pauline Tan, 24, yang berasal dari Selangor manakala tempat ketiga disandang Kelly Jagan, 26, yang berasal dari Sabah.

Menurut pengarah pertandingan tersebut yang juga bekas pemenang bagi tahun 2013, Carey Ng, dia mengharapkan Vanessa dapat mengharumkan nama Malaysia dan memenangi mahkota Miss Universe 2015.

“Saya berasa bangga Vanessa akhirnya menjadi juara malam ini, dan setiap finalis juga merupakan ‘pemenang’ dengan ‘mahkota’ tersendirinya.

"Saya berharap Vanessa akan dapat mengharumkan nama Malaysia kelak.” katanya. - Kedahnews.com