Datuk Ahmad Lebai Sudin (BN-Bukit Lada) |
ALOR SETAR - Kadar gaji dan elaun yang diguna pakai Adun Kedah disifatkan sebagai ketinggalan zaman.
Datuk Ahmad Lebai Sudin (BN-Bukit Lada) berkata, kadar gaji dan elaun semua Adun sepatutnya lebih tinggi berbanding guru sekolah.
“Saya nak cadangkan supaya kenaikan gaji dan elaun ini mestilah berada di peringkat pertengahan iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah,” katanya ketika mengambil bahagian dalam perbahasan usul cadangan penambahbaikan gaji dan elaun Adun pada sidang Dun semalam.
Menurutnya, cadangan kenaikan gaji menteri besar sebanyak 25 peratus adalah tidak wajar kerana terlalu rendah berbanding kenaikan untuk Adun.
“Apa salahnya jika kenaikan gaji menteri bBesar dinaikkan lebih tinggi berbanding apa yang dicadangkan.
“Pada saya, kenaikan gaji dan elaun ini perlu selaras termasuk menteri besar sebanyak 50 peratus atau lebih tinggi,” katanya. -Sinar Harian