SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, tersenarai
sebagai pemimpin negara yang memperoleh gaji tahunan paling tinggi di
kalangan pemimpin dunia sebanyak AS$1.7 juta (RM6.1 juta).
Laporan International Business Times menyebut pendapatan Hsien Loong
itu dianggap tinggi untuk pemimpin sebuah negara yang kecil.
Ia memerlukan gabungan pendapatan pemimpin Perancis, Jerman, Itali,
Jepun dan United Kingdom (UK) untuk menyamai pendapatan Hsien Loong.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berada di tempat kedua
dengan pendapatan sebanyak AS$400,000 (RM1.4 juta) setahun, diikuti
Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper dan Canselor Jerman, Angela
Merkel dengan masing-masing memperoleh pendapatan tahunan sebanyak
AS$260,000 (RM942,232) dan AS$234,400 (RM849,459). – Agensi