GAMBAR: Menarik Sekitar Majlis Persandingan DiRaja Anak Sultan Brunei


Dihiasi perhiasan emas dan permata, majlis Istiadat Persandingan DiRaja anak Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah yang juga merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia, telah berlangsung dalam suasana cukup mewah dan meriah.

Majlis tersebut telah dilangsungkan di istana yang memiliki 1,788 buah bilik iaitu Istana Nural Iman yang terletak di Bandar Sri Begawan, semalam.

277B382900000578-3035550-image-a-5_1428832252681 277B397D00000578-3035550-image-a-13_1428832334904 277B44DE00000578-3035550-image-a-2_1428832159627 277B3D8A00000578-3035550-image-a-12_1428832328901 277B3DB600000578-3035550-image-a-10_1428832324729

Raja Abdul Malik, 31, selamat dinikahkan bersama pasangannya Dayangku Raabi’atul Pengiran Haji Bolkiah, 22, di hadapan tetamu yang terdiri dari kerabat diraja dan jemputan khas.

Memetik laporan Daily Mail baru-baru ini, istiadat DiRaja itu turut dihadiri oleh Sultan-Sultan dari Malaysia dan Gabenor Arab Saudi.

Kedua-dua mempelai menyarung baju berwarna emas yang turut dihiasi permata, manakala pengantin perempuan memegang sejambak bunga yang digubah dari batu berlian tulen.

277E56B000000578-3035550-image-a-2_1428857371990 277B407F00000578-3035550-image-a-22_1428832363754

Dayangku Raabi’atul turut menyarungkan sepasang sepatu jenama mewah Christian Laboutin yang penuh diselaputi permata. -Kedahnews.com