GAMBAR: Musim Bunga Di Gaza Bersemi Indah...

Musim bunga di Gaza....
SELEPAS dilanda musim sejuk baru-baru ini, beberapa negara di Asia Barat termasuk di Semenanjung Gaza, Palestin telah berubah kepada musim bunga.

Sekumpulan kanak-kanak Palestin teruja memetik bunga liar yang tumbuh di sebuah padang yang terletak di Semenanjung Gaza.

Musim bunga merupakan musim yang ditunggu-tunggu kerana pemandangannya yang cantik, di samping bunga berwarna-warni di sekeliling kawasan terlibat. - AFP