Gayat Habis! Menara Tinjau Tertinggi Di Dunia!

Pengunjung ke bangunan tertinggi dunia kini boleh melihat kawasan sekitar Dubai dari tempat yang lebih tinggi.

Sebuah dek tinjau baru dibina pada ketinggian 828 meter di menara Burj Khalifa yang penunjung kini boleh bayar untuk naik sehingga tingkat 148.

Ketinggian itu ialah 555 meter dari paras jalan raya, menjadikannya dek tinjau tertinggi di dunia, mengikut Rekod Dunia Guiness.

Untuk tiba di situ, pengunjung perlu tukar lif di tingkat 125.

Sebelum ini, pelancong hanya boleh menggunakan dek tinjau di tingkat 124. Hampir 1.9 juta pelancong berbuat demikian tahun lalu.

Harga tiket untuk ke dek tinjau itu lebih mahal. Tiket yang ditempah awal untuk tarikan baru itu berharga kira-kira RM360 dan yang dibeli di kaunter berharga kira-kira RM450.


Di atas, pengunjung boleh menyewa fon kepala untuk mendengar cerita mengenai kejuruteraan dan seni bina menara berkenaan.

Bangunan Burj Khalifa yang termasuk hotel, kelab malam tertinggi di dunia, restoran dan ruang pejabat mula dibina pada September 2004.

Ia direka oleh Skidmore, Owing dan Merrill, syarikat arkitek sama yang membina Menara Willis di Chicago dan Pusat Perdagangan Dunia di New York.

Menara itu yang dikelilingi lanskap seluas 27 ekar, akhirnya dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010 selepas tertangguh selama beberapa bulan. 





















Sumber: myMetro