Gempa Bumi Susulan 6.7 Magnitud Gegar Nepal Hari Ini


KATHMANDU – Gempa bumi susulan berukuran 6.7 magnitud menggegar Nepal hari ini, kata Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Sehubungan itu, pendaki memberitahu kejadian berkenaan menyebabkan lebih banyak runtuhan salji di kawasan Gunung Everest.

USGS berkata, gempa bumi terbaharu itu melanda timur laut Kathmandu berdekatan sempadan dengan China pada kedalaman 10 kilometer. Pendaki, Jim Davidson berkata, beliau merasai gegasan susulan di Camp One gunung berkenaan.

“Baru saja dilanda gegaran susulan di C1 Gunung Everest. Lebih kecil berbanding semalam tapi menyebabkan runtuhan glasier dan salji,” katanya menerusi Twitter. – AFP