Gereja Turunkan Lambang Salib, Akur Bantahan Umat Islam Taman Medan

Sekumpulan penduduk Islam di Taman Medan, Petaling Jaya baru-baru ini telah membuat bantahan terhadap pihak gereja di kawasan tersebut yang dikatakan telah bertindak menggantung salib di dinding bangunannya.

Protes itu yang disertai lebih 50 individu dari sekitar kawasan tersebut dan adalah satu tindakan susulan suara majoriti masyarakat beragama Islam di situ.

Isu itu mula menjadi hangat setelah satu video dimuat naik oleh sebuah media tempatan, The Star Online, yang sebelum ini memaparkan situasi di perkarangan premis gereja  di Taman Medan.

Pihak yang membuat protes turut membawa beberapa kad bertulisan bagi menyatakan ketidakwajaran tindakan tersebut, antaranya ‘Wakil Rakyat Taman Medan Tidur’ dan ‘Jangan Cabar Umat Islam Taman Medan’.

Menurut sumber, pihak polis kemudiannya tiba di kawasan berkenaan kira-kira 30 minit bagi mengawal keadaan di situ.

“Jika mereka mempunyai kuasa untuk menjalankan operasi gereja kami tidak boleh menghalang, namun yang menjadi perhatian kami adalah kawasan ini merupakan kawasan majoriti Melayu dan ia tidak sepatutnya terjadi,” kata Ketua Kampung di situ, Datuk Abdullah Abu Bakar,


Bagaimanapun, Abdullah memaklumkan bahawa hasil perbincangan dengan pihak gereja, salib berkenaan akan diturunkan dalam kadar segera. -Kedahnews.com