Kedai serbaneka RM2 tidak lagi mengekalkan harga tersebut kerana perlu mengenakan cukai GST pada setiap barangan dijual. |
KULIM - Kalau sebelum ini kedai serbaneka RM2 sangat popular dalam
kalangan pengguna, namun pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan
(GST) menyebabkan harga tersebut tidak dapat dikekalkan.
Pengurus Kedai Serbaneka Eco Shop Kulim, Teoh berkata walaupun sebelum ini kedainya menjual semua barangan dengan harga RM2 namun terpaksa dinaikkan sebanyak 12 sen kerana GST.
"Untuk mengekalkan harga RM2 amat sukar kerana pembekal dan premis lain mengenakan GST terhadap setiap barangan. Kami juga terpaksa naikkan harga dan kedai RM2 takkan ada lagi.
“Memang nampak nilai 12 sen kecil namun jika pelanggan membeli 10 barang mereka perlu membayar lebih daripada RM20,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Teoh berkata, selain itu pihaknya juga terpaksa menyediakan syiling untuk dipulangkan kepada pelanggan.
“Kami terpaksa menyediakan syiling pula sekarang ini, dan terpaksa menukar di bank yang turut dikenakan caj. Kadangkala bank juga tak ada stok atau simpanan syiling dan terpaksa kami tunggu pula,” katanya.
Manakala Pelanggan, Syazwani Abd Razak, 24 berkata, kenaikan 12 sen untuk GST di kedai RM2 agak membebankan.
Jelasnya, jika dahulu membeli barangan kedai serbaneka RM2, dia hanya membelanjakan RM10 untuk lima barangan.
“Tetapi kini kerana GST, saya terpaksa menyediakan wang lebih untuk membeli barangan.
“Kedai RM2 sekarang tak akan wujud lagi dan memang mengecewakan kami yang berpendapatan rendah,” katanya.
Seorang lagi pelanggan, Afzani Rasidi, 25, kecewa kerana kedai serbaneka yang menjual pelbagai keperluan seperti perkakas dapur dan makanan tidak lagi berharga RM2.
“Kalau dulu saya akan beli bermacam-macam barangan di kedai serbaneka RM2, tetapi sekarang tiada lagi kedai RM2 kerana semua dikenakan GST.
“Mulai hari ini (semalam) saya dapati semua barangan yang dijual naik 12 sen setiap satu dan sangat membebankan,” katanya. -Sinar Harian
Pengurus Kedai Serbaneka Eco Shop Kulim, Teoh berkata walaupun sebelum ini kedainya menjual semua barangan dengan harga RM2 namun terpaksa dinaikkan sebanyak 12 sen kerana GST.
"Untuk mengekalkan harga RM2 amat sukar kerana pembekal dan premis lain mengenakan GST terhadap setiap barangan. Kami juga terpaksa naikkan harga dan kedai RM2 takkan ada lagi.
“Memang nampak nilai 12 sen kecil namun jika pelanggan membeli 10 barang mereka perlu membayar lebih daripada RM20,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Teoh berkata, selain itu pihaknya juga terpaksa menyediakan syiling untuk dipulangkan kepada pelanggan.
“Kami terpaksa menyediakan syiling pula sekarang ini, dan terpaksa menukar di bank yang turut dikenakan caj. Kadangkala bank juga tak ada stok atau simpanan syiling dan terpaksa kami tunggu pula,” katanya.
Laporan dari wartawan Sinar Harian |