Hadi Beri "Signal": Tak Menang Pun Tak Apa, Asal Malaysia "Selamat" #PRKPermatangPauh

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
ALOR SETAR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seolah memberi signal kepada seluruh pemimpin dan penyokong PAS di Permatang Pauh bahawa tidak mengapa jika kalah pilihan raya kerana pada beliau yang paling penting ialah Malaysia perlu "selamat".

Menurut Abdul Hadi, bagi PAS sama ada menang atau kalah tidak pernah menjadi masalah kerana sejarah tradisi perjuangan parti itu sebelum ini adalah berjuang sepanjang masa demi Islam dan bukannya untuk menang kuasa politik.

"Tidak menjadi masalah kepada PAS sekiranya kalah di dalam pilihan raya asalkan negara Malaysia berada dalam keadaan selamat," katanya yang seolah membayangkan "arahan tersirat di sebalik yang tersurat" baru-baru ini.

Bagaimanapun, Presiden PAS itu tidak menyebut tentang pihak yang dikatakan "menyelamatkan negara" itu jika Pakatan Rakyat tewas di Pilihanraya Kecik (PRK) Parlimen Permatang Pauh atau Rompin.

Beliau dilaporkan berkata demikian sebagai mengulas tentang pihak dalam Pakatan Rakyat terutama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke atas rancangan PAS melaksanakan hudud di sebuah forum di Shah Alam.

Jelas Abdul Hadi lagi, pimpinan PAS telah buat kesimpulan berhubung isu tersebut dan mendapati pihak dalam Pakatan Rakyat yang membantah perlaksaan hudud yang dibentang parti itu sebelum ini adalah hanya kerana takut akan hilang undi.

"PAS memperkenalkan hudud kerana mahu melihat negara ini selamat dari gejala jenayah yang semakin berleluasa.

"Tidak menang dalam pilihan raya pun tak apa janji Malaysia selamat. Kita mahu negara selamat. Selamatkan negara dahulu,” katanya. -Kedahnews.com