Hanya Pegang Sony Xperia, James Bond Dibayar Hampir RM18 Juta?


Mengejutkan ramai pihak, hanya dengan memegang sebuah telefon bimbit, pelakon British yang terkenal dengan watak perisik James Bond iaitu Daniel Craig akan menerima bayaran mencecah RM18 juta.

Memetik laporan dari portal Mirror, satu kiriman email yang diterima mendedahkan tentang pembayaran lumayan sebanyak RM17.85 juta oleh syarikat Sony kerana menggunakan telefon bimbit jenamanya dalam siri Bond terdahulu, Skyfall.

Dalam salah satu babak, Bond dilihat menulis pesanan mesej melalui gajet tersebut yang tertera ‘EWA FLIGHT 226 9pm’ yang merujuk kepada nombor penerbangan yang dinaiki lawannya.

Sony-Xperia-T

Setelah kejayaan penampilan produk (product placement) dalam Skyfall, Sony dikatakan ingin meneruskan usaha sama untuk tampil dalam siri berikutnya iaitu Spectre yang dijangka ditayangkan tahun ini.

Walau bagaimanapun, syarikat gergasi Samsung yang juga pesaingnya telah membuat tawaran lebih tinggi untuk muncul dalam filem berkenaan.

Lantas itu, penerbit filem Bond, Barbara Broccoli meminta Sony meningkatkan tawaran mereka.

Namun demikian, sehingga kini wakil dari pihak Sony mahupun Craig sendiri gagal untuk mengulas lanjut berkenaan dakwaan itu. -Kedahnews.com