Salah sebuah rumah yang musnah akibat dipukul ribut di Kampung Gerigis, Mukim Tajar petang tadi di Alor Setar, hari ini. - Foto Bernama |
ALOR SETAR - Hasrat seorang penduduk di Kampung Gerigis, Mukim Tajar di
sini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah pusaka peninggalan
keluarganya tidak kesampaian, apabila rumah tersebut ranap dalam
kejadian ribut semalam.
Abd Rahman Yaakob, 44, yang bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) berkata, sebelum ini beliau tidak menetap di rumah tersebut dan hanya datang sekali sekala ataupun pada hujung minggu.
Namun bermula Disember lepas, beliau mula membaiki rumah tersebut dan telah membelanjakan lebih RM10,000 dengan harapan ingin menetap di rumah tersebut sebelum hari raya ini.
Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana ketika kejadian beliau sekeluarga tidak berada di rumah dan hanya dimaklumkan oleh sepupunya berkenaan kejadian itu.
"Kuasa Allah, tak boleh fikir apa, cuma cari benda-benda yang berharga, dan perabot antik tinggalan orang tua dulu," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang semalam, 20 rumah di sini rosak teruk dalam kejadian ribut mengakibatkan sebahagian dinding beberapa buah rumah tercabut akibat diterbangkan angin kencang.
Seorang lagi mangsa ribut, Ishak Daud, 79, berkata rumahnya yang berusia hampir 30 tahun rosak teruk di bahagian bumbung tingkat atas, akibat diterbangkan angin kencang.
Beliau yang tinggal berdua bersama seorang anak lelakinya berumur 30-an, ketika itu berada di tingkat bawah dan hendak menunaikan solat asar sebelum mendengar bunyi kuat dari tingkat atas.
"Rumah bumbung tak ada, hujan lebat dan air masuk ke dalam rumah, habis kain baju basah, angin tak kuat mana," katanya.
Beliau turut merayu pihak berwajib agar dapat memberi bantuan baginya membaiki rumah tersebut, memandangkan itulah satu-satunya rumah tempat beliau dan keluarganya berteduh. - Bernama