Harga Top Up Dikekalkan Harga Seperti Sebelum GST Mulai 1 Mei Ini

ALOR SETAR – Para pengguna kad prabayar kini dapat menarik nafas lega apabilaJabatan Kastam DiRaja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa harga kad prabayar telefon bimbit dikekalkan sama seperti sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Menurut sumber, perlaksaan kadar tersebut akan mula berkuatkuasa pada 1 Mei ini.

Ketua Pengarah Jabtana Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad, dilaporkan telah memberi arahan berkenaan menerusi sepucuk surat kepada syarikat telekomunikasi.

“Kelmarin saya keluarkan surat kepada semua syarikat telekomunikasi bagi mengekalkan harga asal berdasarkan konsep termasuk cukai (tax inclusive) berkuatkuasa 1 Mei ini.

“Jika mereka bayar RM10, maka nilai kredit sama seperti apa yang pengguna bayar. Jika ada yang mengambil kesempatan, tindakan susulan akan diambil,” katanya dalam sidang media yang diadakan di sini hari ini. -Kedahnews.com