Hidayah Itu MilikNya, Dan Hanya PadaNya Kita Mohon Moga Dikekalkan...


Seorang sami Buddha berusia 66 tahun akhirnya memilih untuk memeluk agama Islam selepas hampir 30 tahun dalam hidupnya mengkaji setiap agama di dunia ini.

Pengalaman setelah menjadi sami selama 28 tahun di Taiwan ini telah mendorong lelaki yang tidak mahu identitinya didedahkan, mencari kebenaran dan mengakui Islam merupakan sebuah agama yang indah dan sempurna.

ketua sami 2.jpgWM

Difahamkan bahawa lelaki terbabit telah mengucap dua kalimah syahadah di Masjid Cina Krubong, Melaka, di sebuah majlis ringkas, kelmarin.

Presiden Persatuan Cina Islam Melaka (MACMA), Lim Jooi Soon berkata, sepanjang pengalaman lelaki itu menjadi sami di Taiwan, dia banyak menghabiskan masa mengkaji setiap agama di dunia ini.

ketua sami 3

Lelaki yang berasal dari Johor itu juga dikatakan ke negeri Melaka sejak tiga minggu lalu.

Majlis itu disempurnakan oleh penaung MACMA,Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Sementara itu, pada majlis yang sama semalam turut menyaksikan pengislaman seorang lelaki kurang upaya (OKU) berusia 31 tahun. -Kedahnews.com