Penganjur himpunan haram tidak berpermit, Kita Lawan, yang diadakan bagi membantah
pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mendedahkan mereka
akan tetap tegar meneruskan himpunan itu.
Meskipun menyedari berdepan dengan risiko ditangkap pihak berkuasa, mereka tetap akan teruskan juga.
Memetik sumber, sekretariat #KitaLawan berkata, tidak kiralah hujan
atau panas, pihak mereka akan berkumpul untuk pada 1 Mei 2015 ini.
“Rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan untuk membantah GST.
“Ingatlah, kekuatan #KitaLawan tidak bergantung pada mana-mana
individu tetapi semangat #KitaLawan lahir dalam setiap sanubari rakyat
yang cintakan negara dan sedia melawan kezaliman dan penindasan,”
katanya. - Kedahnews.com