Pada Jumaat lalu, satu sesi bertemu peminat telah diadakan khusus buat pengikut setia bintang drama Korea, Lee Min Ho.
Hero drama Boys Over Flowers itu telah hadir di pusat membeli belah
NU Sentral, Kuala Lumpur bagi merasmikan portal membeli belah dalam
talian 11street.
Kredit foto dari Beautifulnara |
Kredit foto dari Beautifulnara |
Kami yakin, seluruh peminat pastinya teruja dapat berjumpa dan bergambar dengan pelakon kacak ini.
Namun, mengambil iktibar dari kontroversi lalu melibatkan satu
kumpulan Kpop, B1A4 yang melakukan aksi terlebih mesra dengan beberapa
gadis Islam berhijab, Lee Min Ho telah bertindak untuk tidak bersalam
dengan peminat Melayu.
Kredit foto dari Beautifulnara |
Tindakan selebriti terkenal Korea tersebut mendapat pujian ramai pengguna kerana
sekurang-kurangnya, individu bukan Islam seperti Min Ho masih lagi peka
dengan isu semasa dan menghormati agama lain.
Menurut portal hiburan Beautifulnara, walaupun beberapa peminat
Melayu telah menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya, namun Min Ho
menolaknya dengan berhemah dan baik. Nampak tak siapa lebih peka dengan
batas agama Islam?
Apapun, gadis Islam di seluruh dunia harus sedar tentang batas-batas agama yang perlu
dipatuhi dan tidak sewenang-wenangnya bersalaman, memeluk apatah lagi
membiarkan diri dicium sebarangan individu bukan muhrim seperti yang pernah berlaku sebelum ini, kan? - Kedahnews.com