Ikan Pari Gergasi Ditangkap, Berat Cecah Lebih 1,000KG


SEKUMPULAN nelayan di bahagian utara Peru berjaya mendaratkan seekor pari gergasi.

NBC melaporkan pari berukuran lapan kaki panjang dan miliki berat lebih 1,000 kilogram itu ditemui di perairan bersempadan dengan negara Ecuador.

Huge 20ft Mantra Ray Caught Off Peru Coas

Melalui beberapa keping gambar yang dimuat naik di Internet, pari tersebut dilihat terpaksa dinaikkan menggunakan kren kerana terlalu besar dan berat.

Pari merupakan hidupan laut yang memiliki racun pada duri terletak di bahagian ekornya, hingga mampu membunuh mangsa andai tertusuk.

Pakar hidupan liar terkenal dikenali sebagai ‘The Crocodile Hunter’, Steve Irwin antara mangsa yang meninggal dunia pada 4 September 2006 setelah dadanya ditusuk ekor seekor pari ketika menjalani penggambaran dokumentari tentang haiwan pembunuh di lautan.