Imigresen #Kedah Tahan 5 PATI Di Kodiang


ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Kedah menahan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh menerusi tindakan ‘Ops Pintu’ di Kampung Kandis, Kodiang awal semalam.

Pengarahnya Mohamad Yusri Hashim berkata kelima-lima lelaki berumur antara 25 dan 35 tahun itu telah melakukan pelbagai kesalahan Imigresen antaranya memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Mohamad Yusri berkata mereka kini ditahan di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini untuk siasatan lanjut. – BERNAMA