POKOK SENA - Sangkaan terpijak batang kayu meleset apabila objek yang berada di bawah timbunan rumput itu mula bergerak-gerak.
Seorang pemotong rumput yang mahu dikenali sebagai Anil, 55, berkata, dia bersama beberapa rakannya sedang memotong rumput di sebuah ladang di pekan Pokok Sena.
Menurutnya, semasa melakukan kerja memotong rumput, dia terpijak sesuatu namun hanya menyangka ia sebatang kayu.
"Semasa memijak ular berkenaan saya tidak tahu di mana kepala dan ekornya hingga menyebabkan saya melompat ke hadapan kerana bimbang dengan keselamatan diri.," katanya.
Anil berkata, dia dan rakan-rakannya kemudian membersihkan timbunan rumput itu dan mendapati terdapat seekor ular sawa di bawahnya.
“Bimbang dengan keselamatan kami, ketua saya menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) daerah Padang Terap bagi menangkap ular ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Operasi JPAM, Abd Satar Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.06 pagi.
"Kami mengambil masa lima minit bagi menangkap ular ini dengan menggunakan penjerut bersama lima anggota.
“Pada awalnya terdapat kesulitan kerana ular sepanjang tiga meter dan seberat enam kilogram (kg) ini berada di bawah timbunan rumput, namun hasil usaha anggota JPAM ular ini berjaya ditangkap,” katanya.
Katanya, orang ramai boleh menghubungi talian 24 jam JPAM jika mengalami sebarang masalah di nombor 04-786 4991.

Sumber: Sinar Harian