BEIJING – Pelakon terkenal kelahiran
Hong Kong, Jackie Chan mendedahkan pelbagai rahsia mengenai kehidupannya
semasa pelancaran buku eksklusif mengenai kisah dirinya sendiri, ‘Growing Old Before Growing Up‘ di ibu negara China pada Selasa, menurut laporan agensi berita tempatan.
Antara coretan yang dikongsi Chan, dan kebetulan
menyambut hari kelahirannya ke-61 tahun pada 7 April lalu ialah beliau
berkahwin hanya kerana berasa bersalah memiliki anak luar nikah dengan
kekasihnya, Joan Lin.
Chan atau nama sebenarnya Chan Kong-sang menyatakan
berkahwin dengan Lin hanya kerana dia hamil anaknya pada 1982. Apabila
ditanya hal tersebut pada pelancaran bukunya, Jackie Chan setuju dengan
cerita itu.
“Pada waktu itu saya mempunyai ramai teman wanita
dan ingin memilih hanya yang terbaik,” kata Chan yang turut menambah
memilih Lin atau nama asalnya, Lin Feng-jiao kerana beliau senang dengan
teman-temannya.
Bergambar dengan isterinya semasa muda. – Gambar hiasan |
Chan namun berasa dirinya dipaksa berkahwin dengan
Lin selepas mengandungkan anak lelaki mereka, Jaycee ketika itu. Beliau
juga mengaku cuba untuk mencari pelbagai cara supaya isterinya, Lin
meninggalkannya .
“Saya tidak percaya kepada wanita ketika itu. Saya
takut mereka akan menipu wang saya. Apabila dia belajar di Amerika
Syarikat dan saya berada di Hong Kong, saya akan memberi wang setiap
hari.
“Namun saya hanya akan memberi dia wang yang
sedikit serta cuba untuk memikirkan cara-cara untuk mendapatkan
perceraian daripadanya supaya isteri saya tidak akan mendapat satu sen
pun daripada saya.
“Memang saya yang berniat tidak baik,” kata
pelakon itu sambil berkata dia sedar dia salah menghakimi Lin dan
menjadi kagum apabila mempelajari tentang ketaatan isterinya.
Jackie Chan bersama ahli keluarganya. – Gambar hiasan |
Chan juga mendedahkan bahawa dia adalah seseorang
yang sombong pada masa mudanya dan melakukan perkara-perkara yang dia
beliau pasti tidak akan bangga.
“Siapa tidak pernah buat kesilapan? Semua orang
pada zaman muda pernah buat silap. Cuma saya bernasib baik pada masa
itu. Jika ada paparazi ataupun media yang luas seperti hari ini, saya
sudah akan dihukum penjara seumur hidup, “kata Chan.
“Jenayah yang kami buat dulu terlalu besar – kami
calarkan kereta, curi tayar kereta orang dan lempar najis anjing di
rumah-rumah orang ketika mereka sedang tidur. Kami melakukan terlalu
banyak perkara-perkara buruk.
“Saya juga pernah terlibat dalam kemalangan dan
melanggar sebuah kereta dalam keadaan mabuk. Pada masa itu, kami juga
akan menumbuk wartawan yang berani untuk mengambil gambar kami di luar.
Gambar hiasan |
“Dan wartawan tersebut akan melarikan diri. Tetapi
kini, kami tidak akan berani melakukannya!” kata Chan yang turut
mengakui dia bukanlah seseorang yang akan cuba aksi nekad di luar set
penggambaran.
Walaupun Chan banyak melakukan aksi-aksi berdebar,
beliau sebenarnya cuba mengelakkan dirinya daripada sebarang bahaya
ketika tidak menjalani penggambaran yang berisiko kepada kecederaan.
“Saya tidak akan berhenti di bawah
jejantas kerana takut jejantas itu mungkin akan roboh dan hempap diri
saya. meskipun saya berani melakukan apa sahaja aksi lagak ngeri dalam
filem.
“Namun di luar, jika anda cabar saya untuk melakukan aksi lompat bungee atau menaiki ‘rollercoaster‘, saya tidak akan melakukannya. Saya tidak akan buat suatu penggorbanan yang sia-sia. – Agensi