Jaclyn Victor, Shawn Bakal Timang Anak Sulung Ogos Ini

ALOR SETAR - Sekalung tahniah diucapkan kepada juara bintang realiti Malaysian Idol musim pertama, Jaclyn Victor dan suami, Shawn Rivera yang bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Berita gembira itu didedahkan oleh pelantun lagu Gemilang itu menerusi laman sosial Facebooknya.

Menurut Jaclyn, dia yang kini sudah memasuki bulan kelima dijangka bakal melahirkan bayi sulung pada bulan Ogos tahun ini.

Jaclyn menamatkan zaman bujangnya dengan seorang penyanyi kumpulan R&B Az Yet, Shawn Rivera pada 19 Julai 2014 dalam satu majlis yang berlangsung di Amerika Syarikat.

Seperti bakal ibu lain, Jaclyn jelas kelihatan teruja dan gembira dalam status di laman sosialnya yang pasti tidak sabar menanti kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka.

Apa pun, semoga Jacklyn lebih menjaga kesihatan diri buat bayi yang dikandung.