ALOR SETAR - Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah menegaskan tiada sebarang pergolakan berlaku di kalangan para pemimpin parti berkenaan meskipun wujud pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengeruhkan suasana pentadbiran di negeri terbabit.
Pengerusinya, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir menyifatkan bahawa desas-desus tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana keadaan UMNO Kedah berada dalam keadaan sangat baik ketika ini.
Mukhriz berkata, isu yang cuba dibangkitkan berkemungkinan bertujuan mahu memecah-belahkan kepimpinan UMNO di negeri Kedah sedangkan ia bukanlah satu masalah besar sebagaimana digembar-gemburkan sebelum ini.
Beliau berkata, sokongan UMNO Kedah kepada kepimpinan Najib tidak perlu dipertikaikan lagi kerana pemimpin serta ahli parti di sini telah berikrar untuk taat setia terhadap Perdana Menteri dan Presiden UMNO itu.
"Kita tidak langsung mengalami satu keadaan getir. Janganlah merasa risau, bimbang dan seriau dengan keadaan semasa, ia akan berlalu. Apa pun, biarlah pemimpin teratas menguruskannya.
"Kita tetap bukan sekadar menyokong, tetapi melalui jentera parti yang paling setia dan kuat kepada parti," katanya dalam satu kenyataan ketika merasmikan Skuad An-Nur, anjuran Biro Agama Wanita Umno negeri Kedah.
Sementara itu, Mukhriz turut memuji usaha yang dilakukan Wanita Umno Kedah bagi memupuk kesedaran dan kasih sayang terhadap masyarakat di negeri berkenaan.
"Dalam keadaan kita diasak dari pelbagai sudut, dengan kebencian dan kemarahan, wanita sentiasa memupuk kasih sayang dalam masyarakat kita ini satu perkara penting dan tidak mudah dilakukan," tambahnya lagi. - Kedahnews.com/ Mohd Shahir Shukor