Jenazah Allahyarham Jamaluddin Jarjis Dikebumi Selepas Asar – Anak


KUALA LUMPUR – Anak Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Ikhwan Hafiz menjelaskan bahawa jenazah bapanya dijangka akan dibawa keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 11 pagi tadi.

Memetik Bernama, Ikhwan berkata, jenazah bapanya itu akan dibawa ke Masjid Taman Tun Abdul Razak, Ampang, untuk solat jenazah kira-kira jam 11.30 pagi sebelum dibawa pulang ke rumah mereka di The Mines, Seri Kembangan.

Beliau turut memberitahu bahawa jenazah Allahayarham akan dikebumikan di perkarangan Makam Pahlawan Masjid Negara, di sini, selepas solat Asar.

Kenyataan dari anaknya itu sekaligus menafikan jangkaan awal semalam yang mengatakan jenazah Jamaluddin akan disemadi sebelum solat zohor hari ini. -Kedahnews.com