Jenazah Jamaluddin Jarjis Dijangka Disemadi Sebelum Solat Zohor

 
ALOR SETAR - Jenazah Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dilaporkan dijangka bakal disembahyang dan dikebumikan ‎sebelum solat Zohor hari ini.
 
Difahamkan bahawa jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke rumahnya di Mines Resort Golf & Country Club, Sri Kembangan.
 
Terdahulu, satu insiden yang memgemparkan negara membabitkan enam individu termasuk Jamaluddin dilaporkan terkorban dalam kejadian helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru Semenyih, lewat petang semalam.
 
Dillaporkan bahawa keenam-enam mayat mangsa berjaya ditemui pasukan penyelamat pada jam 8.15 malam tadi.
Sementara itu, ‎Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan mengesahkan enam identiti mangsa nahas helikopter adalah seperti berikut: - Kedahnews.com
 
1. Kapten Clifford William Fournier (juruterbang)
 
2. Aidana Baizieva (pembantu juruterbang) 
 
3. Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis (Ahli Parlimen Rompin) 
 
4. Razakan Seran (pegawai pengiring Tan Sri Jamaluddin)
 
5. Datuk Sri Azlin Alias (Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri)
 
6. Datuk Tan Huat Seang