Badrol Hisham (tengah) bersama pegawai JMG melihat batuan yang terjadi dari debu gunung berapi di Kampung Nyior, Kuala Nerang. |
Majlis itu dirasmikan oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga dan Pembangunan Insan, Datuk Badrol Hisham Hashim.
Menurutnya, debu gunung berapi yang terdapat di situ ialah hasil letupan dari gunung berapi yang terdapat dari Toba, Sumatera.
"Aktiviti itu dikatakan berlaku sekitar 74,000 atau 30,000 tahun lampau dibawa oleh angin," katanya.
Badrol berkata, debu gunung berapi yang terdapat di situ jarang ditemui dan memiliki nilai akademik dan saintifik untuk membuat kajian.
“Debu gunung berapi ini mula dijumpai oleh JMG pada 1980 dan batuan ini dikenali sebagai ‘Batu Pong’ oleh penduduk di situ.
"Selain Kampung Padang Nyior, terdapat lagi di sawah padi Kampung Pisang, Kampung Padang Gelanggang, Kampung Pok Ka, Kampung Kubang Palas dan Kampung Seberang,” katanya yang juga Adun Kuala Nerang.
Batu Pong dibentuk sebagai lapisan berwarna putih cerah hingga kelabu
cerah, bersaiz halus hingga sederhana dan biasanya poros, ringan serta
berliang.Batuan ini adalah kesat, berdebu halus, keras dan padat.
Katanya lagi, dengan penemuan geotapak berkenaan, kerajaan negeri bercadang supaya kawasan itu dikenali sebagai Tapak Terpelihara Geowarisan Negeri Kedah.
“Bagi menjadikan kawasan ini sebagai geopelancongan, PBT akan menyediakan tandas dan surau bagi kemudahan pelancong yang melawat ke tempat itu.
"Perasmian tapak geowarisan ini akan membuka satu lagi dimensi baharu pelancongan berasaskan ilmu di samping penerokaan sumber pendapatan alternatif lain yang menjadi matlamat kepada peningkatan sosio ekonomi setempat,” katanya.
Sementara itu, pemilik tanah, Abd Halim Jusoh, 72, berkata, dia sangat gembira apabila tanah di kawasan halaman rumahnya itu terpilih dijadikan tapak geowarisan Kedah.
Menurutnya, dia sanggup mengorbankan seluas 30 meter panjang dan 30 lebar bagi dijadikan tapak geowarisan itu.
“Saya membeli tanah ini pada 1972 dengan harga RM750 seluas 1.2 hektar dan langsung tidak menyedari kawasan itu adalah meliputi timbunan debu gunung berapi. Bagaimanapun saya mula merasa pelik di kawasan itu apabila lembu suka menjilat tanah itu hingga menjadi beberapa lubang.
“Selepas memaklumkan kepada pihak berkenaan barulah tahu sekitar rumah saya ini adalah hasil debu gunung berapi yang dibawa oleh angin dari Toba, Sumatera.
Hanya kawasan ini sahaja yang masih lagi terdapat debu gunung berapi kerana kawasan lain sudah dibina pembangunan dan dimajukan sebagai kawasan pertanian,” katanya. -Sinar Harian