DALAM hidup ini, tidak semua insan dikurniakan oleh Allah SWT dengan kesenangan hidup. Ada di antara kita yang serba kekurangan baik daripada sudut kewangan, pakaian, makanan dan sebagainya.
Penderitaan mereka sering kali kita lihat dan dengar sama ada dengan mata kepala sendiri, di dada-dada akhbar, media sosial mahupun dalam televisyen.
Semaju mana pun sesebuah negara itu, pasti akan ada golongan yang hidup dalam kesusahan, fakir miskin dan yang memerlukan pertolongan. Itu adalah sunatullah yang tidak dapat dielakkan kerana setiap orang punya kadar rezeki yang berbeza-beza. Kerana itu Islam memperkenalkan sistem zakat dan sedekah untuk kita saling membantu mereka yang memerlukan.
Seruan untuk saling bersedekah dan menginfakkan harta banyak terkandung di dalam al-Quran dan hadis. Dengan bersedekah, kita bukan sahaja dapat menyucikan harta kita yang mungkin mengandungi unsur haram atau syubhah, malah ia dapat dimanfaatkan oleh mereka yang memerlukan.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Dan apa sahaja yang kamu sedekahkan, maka Allahlah yang akan menggantikannya. (Saba’: 39)
Kadang-kala timbul rasa sayang dan berkira untuk menghulurkan sedekah. Mungkin kerana sayangkan harta atau mungkin juga kita fikir harta kita akan habis jika bersedekah. Bukankah ini suatu motivasi terbaik yang disebutkan oleh-Nya untuk kita rajin bersedekah?
Allah SWT ada menyebutkan bahawa Dia akan menggantikan apa sahaja yang kita sedekahkan dengan rezeki yang lain. Sungguh, tidak ada janji dan perkataan yang lebih benar daripada perkataan-Nya. Yakinlah.
Orang yang beriman memandang sedekah sebagai medium utama untuk meraih rezeki di dunia dan kebaikan yang besar di akhirat. Jika di dunia, sedekah itu telah dijanjikan oleh Allah SWT dan rasul-Nya bahawa ia tidak mengurangkan harta, malah semakin bertambah sama ada nilai atau keberkatannya. Di akhirat pula, ganjaran syurga dan pahala yang berlipat kali ganda tersedia.
Firman Allah SWT yang bermaksud:

Kamu tidak akan sampai kepada kebaikan (yang) sempurna sehinggalah kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai dan apa jua yang kamu infakkan maka Allah Maha Mengetahui. (Ali Imran: 92)
Tanggungjawab Muslim
Sebahagian kita mungkin terfikir yang mereka tidak kaya maka tidak perlulah bersedekah. Sedekah hanya untuk orang yang kaya.
Benar, orang kaya memang diseru oleh agama untuk memperbanyakkan zakat dan sedekah sesuai dengan kemewahan rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepadanya. Begitu pun, sedekah bukanlah semata-mata diseru kepada yang kaya sahaja.
Sedekah adalah tanggungjawab semua orang Islam sesuai dengan kemampuan masing-masing. Malah tidak ada alasan untuk kita tidak bersedekah kerana sedekah itu sendiri luas skop dan pengertiannya. Selain daripada penyempurnaan iman, sedekah harta juga diseru kepada semua lapisan masyarakat.
Allah berfirman yang bermaksud:

Hendaklah orang yang mampu memberikan sedekah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya maka hendaklah dia sedekahkan daripada harta yang diberikan Allah kepadanya (sekadar kemampuannya). Allah tidak menimpakan beban kepada seseorang melainkan sesuai dengan apa yang Allah berikan kepadanya. Allah jualah yang akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan. (al-Talaq: 7)
Kita sering kali mendengar ungkapan, “Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah” yang bermaksud orang yang memberi lebih baik daripada orang yang menerima.
Mungkin ada yang tidak mengetahui, sebenar ia adalah sebahagian hadis Nabi SAW yang bermaksud:
"Wahai Anak Adam, sesungguhnya jika engkau menafkahkan kelebihan harta sesudah dipenuhi keperluan asasmu, maka itu merupakan kebaikan buatmu. Jika engkau tidak mahu menafkahkannya, maka itu merupakan keburukan bagimu. Dan tidaklah engkau tercela jika menyimpan harta sekadar untuk keperluan asas. Berikanlah nafkah mulai daripada orang yang menjadi tanggunganmu (keluargamu). Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah." (riwayat Muslim)
Sumber: Utusan