Providence – Seorang lelaki yang berat lebih 500 kilogram terpaksa
dinaikkan ke atas lori dengan kren, kemudian dipindahkan ke hospital
selepas rumah penjagaannya diarah tutup.
Robert Butler yang berasal dari Providence, Rhode Island dipindahkan
semalam selepas rumah penjagaan Bannister ditutup kerana beban hutang.
Walaupun perjalanan itu cuma sejauh 12.8 kilometer, pekerja kesihatan
terpaksa mengambil hingga tujuh jam untuk memindahkan Butler dari
bangunan empat tingkat yang didiaminya dan membawanya ke hospital.
Pegawai kesihatan tempatan Michael Raia menjelaskan, pendekatan yang diselaraskan diperlukan bagi memindahkan lelaki berkenaan.
“Pesakit ini memerlukan keperluan perubatan yang rumit dan memerlukan penyelarasan dari semua jabatan kerajaan negeri. – Agensi