ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah yang mula bersidang hari ini telah membentang usul menaikkan gaji dan elaun Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Menurut usul itu, usul kenaikan gaji dan elaun itu melibatkan Speaker, Timbalan Speaker dan anggota Exco sebanyak 50 peratus, manakala Menteri Besar pula dicadangkan naik sebanyak 25 peratus mulai 1 Jan tahun depan.
Usul cadangan penambahbaikan gaji dan elaun itu dibentang oleh Exck Kerajaan Negeri Kedah yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail.
“Walaupun cadangan itu jika diluluskan dewan akan menyaksikan kenaikan gaji sebanyak 50 peratus bagi semua, tetapi Menteri Besar di atas permintaannya sendiri hanya mahukan kenaikan sebanyak 25 peratus sahaja,” katanya pada sidangan DUN yang berlangsung di Wisma Darulaman, di sini, hari ini.
Jelas beliau, cadangan berkenaan sekiranya diluluskan bakal menyaksikan gaji ADUN dinaikkan sebanyak 50 peratus daripada RM4,112 sebulan yang dinikmati ketika ini kepada RM6,169 sebulan mulai tahun depan.
Bagi penjawat jawatan Menteri Besar dimaklumkan akan menyaksikan gajinya dinaikkan kepada RM17,718 sebulan berbanding RM14,175 sebulan sebagaimana yang diterima Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir ketika ini.
Dr Ku Abdul Rahman juga menyatakan bahawa adalah tidak berpatutan gaji yang diberikan kepada wakil rakyat jika dibandingkan dengan gaji yang diberikan kepada penjawat awam.
Katanya, bagi wakil rakyat, mereka tiada kenaikan gaji tahunan seperti yang diperolehi oleh penjawat awam setiap tahun.
"Saya lihat adalah tidak berpatutan dan tidak adil, kalau kita tengok elaun wakil rakyat that much.
"Sebab sedangkan hari ini gaji-gaji orang perkhidmatan awan, kerajaan pun dah tinggi dah. Gaji cikgu pun dah orang kata dah enam tujuh ribu sampai pencen pun empat lima ribu pencen dan sebagainya," katanya sejurus selepas sidang DUN ditangguhkan.
Dalam persidangan tahunan Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) baru-baru ini, Kerajaan Negeri Kedah telah membayangkan hasrat mereka untuk membentang usul kenaikan gaji asas anggota DUN dalam persidangan mesyuarat ketiga, penggal kedua kali ini. -Kedahnews.com