Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) semalam menyeru agar Kementerian
Pendidikan (KPM) dan pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) agar
mengetatkan pengambilan pelajar asing terutamanya warga Afrika.
Menurut Ketua Aktivis, Datuk Nazim Johan, kebanjiran ‘awang hitam’ di
negara ini mampu mengancam penduduk tempatan kerana sebahagian mereka
datang bukanlah untuk menuntut ilmu tetapi menjalankan aktiviti tidak
sihat.
“PPIM terima banyak aduan berkenaan warga Afrika sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Malah ramai antara mereka yang aktif dengan kes penipuan Internet
dan bersekududukan dengan warga tempatan. Ini yang merisaukan kita,” kata Nazim.
Menurutnya lagi, kebanyakan warga Afrika berjaya masuk ke negara ini
melalui visa pelajar namun ada yang hilang tanpa dapat dikesan selepas
tamat semester pertama.
Dalam pada itu, Nazim turut menggesa supaya pihak universiti mahupun kolej
haruslah memaklumkan kepada pihak Jabatan Imigresen berkaitan lokasi tempat
tinggal mereka agar mudah dijejaki.
“PPIM menggesa supaya institut pengajian tinggi dan swasta melaporkan
kehilangan mereka kepada Kementerian Pendidikan supaya hal ini dapat
dibendung.
“Kemasukan mereka perlu dikaji semula dan kami berharap agar
kelulusan pengambilan warga Afrika juga diteliti semula dan
syarat-syaratnya diperketat.
“Kami juga menyarankan agar pemilik rumah jangan berurusan dengan
mereka. Jangan menyewakan rumah kepada mereka kerana mereka beroperasi
di rumah untuk menjalankan kerja-kerja penipuan Internet dan ada yang
tak bayar sewa rumah,” ujarnya lagi.
Antara lain, aduan yang diterima turut berkaitan dengan warga Afrika
yang menggunakan akaun bank milik warga tempatan yang akhirnya
menyebabkan pemilik akaun tersebut ditangkap.
“Orang itu pun dah lari ke luar negara selepas pemilik akaun itu
ditangkap dan dia juga meninggalkan dua orang anak.
"Selain itu, kami
juga menerima aduan bahawa seorang ustaz dan tok imam juga ditipu hampir
RM800,000. Mereka sangat bijak,” katanya. -Kedahnews.com