Video yang disebar meluas pihak tidak bertanggungjawab dengan dakwaan palsu yang dipercayai untuk memburukkan imej 1Malaysia |
Ketua Kampung Ishak Ahmad berkata kawasan berkenaan, yang dikatakan
menempatkan kubur orang Islam, Cina dan penganut Kristian, tidak wujud
seperti didakwa.
"Kami telah melakukan siasatan sebaik menerima berita berkenaan dan setakat ini saya sahkan kawasan perkuburan itu tidak terdapat di sini.
"Kami telah melakukan siasatan sebaik menerima berita berkenaan dan setakat ini saya sahkan kawasan perkuburan itu tidak terdapat di sini.
"Di Tanjung Agas ini terdapat hanya dua tanah perkuburan Islam dan kami
tidak menjumpai mana-mana kubur yang lain apatah lagi seperti yang
didakwa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Rakaman video mengenai kawasan perkuburan itu berdurasi selama lebih dua minit. dimuat naik dalam laman sosial pada 19 April lalu.
Ishak berkata sejak klip video itu tersebar, banyak pihak telah menghubunginya untuk mendapatkan kepastian.

Sehubungan itu Ishak menasihati orang ramai supaya lebih
bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat kerana ia boleh memberikan
perspektif tidak sihat dalam negara yang berbilang kaum. - Bernama