Komposer Tanahair Azman Abu Hassan Terlibat Kemalangan

KOMPOSER Azman Abu Hassan dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya berhampiran pusat beli belah 1Utama, awal pagi semalam.

Kejadian itu mengakibatkan adik kepada komposer terkenal Datuk Adnan Abu Hassan ini patah tulang rusuk dan cedera di dagu.

Menurut laporan Harian Metro, Azman sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Melawati, Hulu Klang selepas keluar makan bersama dua rakannya kira-kira pukul 2 pagi.

Kejadian itu turut disahkan oleh Datuk Adnan Abu Hasan selepas dimaklumkan oleh ibu mereka, Siti Hajar.

Menurut Adnan, kereta adiknya dirempuh di bahagian belakang selepas sebuah lori berhenti secara mengejut.

Ekoran rempuhan itu, Azman pengsan lalu dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Dalam perkembangan lain, Azman kini dikatakan sudah sedarkan diri namun masih dirawat di PPUM. -Kedahnews.com

Sumber asal: myMetro