Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu
Bakar menafikan sekeras-kerasnya tentang penyebaran bergambar kenyataan media yang kononnya dikeluarkan pihak polis yang dikatakan mengarah Kuil Batu Caves diroboh.
"Polis Diraja Malaysia menafikan pernah mengeluarkan kenyataan di bawah. Pemalsuan dan penyebaran berita ini akan disiasat," tulis Khalid di ruang laman media sosial rasmi Facebooknya.
Ketua Polis Negara itu turut memuat naik kenyataan akhbar palsu itu sebagai rujukan pengguna untuk tidak mempercayai kenyataan yang mampu mencetus kemarahan penganut agama Hindu tersebut.
Notis palsu memfitnah PDRM yang dipetik dari Facebook milik Tan Sri Khalid Abu Bakar |
Dalam notis palsu itu, pihak
berkuasa kononnya telah meluluskan dan mengarahkan kerja-kerja merobohkan kuil
yang turut menjadi salah satu tarikan Kuala Lumpur.
Malah dakwa kenyataan tidak bertanggungjawab itu, pihak polis kononnya telah mengarahkan pihak pengurusan kuil untuk mengosongkan tapak tersebut bagi kerja-kerja
meruntuhkan bangunan dan pengunjung dilarang untuk berada di kawasan
tersebut bermula 2 Mei depan.
Pada pandangan Kedahnews.com, tindakan pihak terbabit yang menghasilkan notis palsu berkenaan mempunyai agenda yang
sangat hina dan cuba bermain api yang mampu membakar serta menyentuh sensitiviti agama di dalam masyarakat pelbagai etnik di negara kita.
Seharusnya pihak berkuasa menyiasat dalan di sebalik penghasilan dan penyebaran notis palsu berkenaan dengan segera, serta mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan.-Kedahnews.com