"Kreatif" Sangatkah Tanah Perkuburan Ini?

PEMANDANGAN di tanah perkuburan Islam Sunni di Bashoura, Beirut. Bandar raya yang sesak ini tersepit dengan tanah kubur menjangkau hingga ke kawasan kediaman, memaksa keluarga mengebumikan beberapa anggota dari satu keluarga sama dalam satu kubur.
Kesesakan tanah perkuburan kini menjadi isu besar di seluruh dunia, khususnya di kebanyakan bandar padat penduduk dan dalam kalangan penganut agama yang mengharam atau tidak menggalakkan pembakaran mayat.

Realiti bergantung kepada sumber tanah yang terhad bagi mengatasi kematian yang berlaku setiap hari mendorong kepada beberapa idea untuk membantu menyelesaikan masalah itu secara kreatif.

Antaranya, penyelesaian pilihan satu ruang iaitu menempatkan satu kubur atas satu sama lain dengan dipisahkan oleh lapisan konkrit serta mempunyai batu nisan yang dikongsi bersama.

Ini sesuai untuk digunakan pada pasangan suami isteri atau satu keluarga.

BANGUNAN kubur bertingkat di Santos, Brazil ini boleh memuatkan 180,000 mayat jika siap kelak.

Pilihan kedua ialah menyusun mayat di ruang yang dibina di atas tanah, seperti di rumah mayat, tetapi mempunyai batu nisan masing-masing.

Idea ketiga ialah mengebumikan si mati dalam sebuah bangunan yang dibina dengan setiap tingkat menyerupai kubur tradisional atau dengan erti kata lain-menara kubur.

Menara kubur seperti ini pernah dicadangkan oleh pihak berkuasa Paris dan Mumbai.

KEADAAN sesak di Tanah Perkuburan Montmartre di Paris.
Di Mexico City terdapat satu projek besar yang dinamakan 'Menara Untuk Si Mati,' yang akan menggabungkan bangunan kubur menegak dan kompleks kubur bawah tanah sedalam 250 meter.

Penduduk bandar raya itu ketika ini dipaksa menggali dan mengalihkan mayat anggota keluarga mereka selepas dikebumikan lima tahun.

Mayat yang tidak dituntut akan dikebumikan di bawah mayat baru atau dilonggokkan di kawasan terbuka berhampiran gereja.


















Sumber: myMetro