LANGKAWI - Sebuah loji rawatan air yang baharu dicadang dibina di
Langkawi bagi memenuhi keperluan penduduk di pulau itu pada masa depan,
kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri
Mahdzir Khalid.
Beliau berkata, loji itu dicadangkan sebagai satu daripada pilihan untuk meningkatkan kapasiti bekalan air bersih di sini yang pada masa ini dihasilkan melalui tiga loji di pulau ini selain yang dibekalkan dari tanah besar Kedah melalui paip dasar laut.
"Sejumlah 97 MLD (juta liter sehari) air yang dirawat dibekalkan ke Langkawi dan permintaannya terus meningkat setiap tahun berikutan proses pembangunan di sini," katanya kepada pemberita selepas melawat empangan Bukit Malut di sini.
Menurut beliau, satu lagi pilihan ialah dengan meningkatkan bekalan dari tanah besar yang pada masa ini dibuat melalui loji rawatan Sungai Baru.
"Pada masa ini, 55 peratus daripada air bersih datang dari tanah besar manakala 45 peratus lagi dibekalkan oleh loji sedia ada di Langkawi," katanya.
Katanya, Langkawi bakal berdepan kekurangan bekalan air bersih menjelang 2018 jika tiada sebarang langkah diambil bagi meningkatkan bekalan. - Bernama