JAKARTA – Syarikat penerbangan tempatan, AirAsia
Indonesia mengumumkan pembatalan 22 penerbangan tempatan dan luar negara
susulan penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Husein
Sastranegara, Bandung.
Ia ekoran Konferensi Asia-Afrika yang akan berlangsung di bandar raya
ibu wilayah Jawa Barat itu dari 23 sehingga 24 April ini, kata Ketua
Perkhidmatan Korporat dan Komunikasi AirAsia Indonesia, Audrey
Progastama Petriny.
Ada juga beberapa laluan yang terpaksa dibatalkan kerana pesawat
syarikat berpusat dari Malaysia itu secara kebetulan masih berada di
Bandung dan dilarang terbang atas faktor keselamatan ramai kenamaan
antarabangsa.
Penerbangan dari dan ke Bandung dibatalkan pada 23 dan 24 April 2015:
1. QZ 361/ QZ 367 = Bandung – Singapura: pukul 10:40 / 13:50
2. QZ 362 / QZ 368 = Singapura – Bandung: pukul 19:15 / 17:00
3. QZ 173/ QZ 177 = Bandung – Kuala Lumpur: pukul 11:50 / 16:15
4. QZ 172/ QZ 176 = Kuala Lumpur – Bandung: pukul 15:20 / 19:45
5. QZ 7910 = Bandung – Denpasar: pukul 17.15
6. QZ 7911 = Denpasar – Bandung: pukul 20.20

Penerbangan dari dan ke Bandung yang dibatalkan hanya 24 April 2015:
1. QZ 7912 = Bandung – Denpasar pukul 06:00
2. QZ 7913 = Denpasar – Bandung pukul 09:15
3. QZ 7581 = Bandung – Pekanbaru pukul 06:50
4. QZ 7582 = Pekanbaru – Bandung pukul 09:00
5. QZ 365 = Bandung – Singapura pukul 17:15
6. QZ 366 = Singapura – Bandung pukul 20:20
7. QZ 7632 = Bandung – Surabaya pukul 11:05
8. QZ 7631 = Surabaya – Bandung pukul 12:55

Penerbangan dibatalkan melibatkan jadual pesawat dari Bandung:
1. QZ 376 = Solo – Singapura pukul 15:40, 23 April 2015
2. QZ 375 = Singapura – Solo pukul 14:00, 23 April 2015
3. QZ 663 = Singapura – Semarang pukul 14:00, 23 April 2015
4. QZ 662 = Semarang – Singapura pukul 16:10, 24 April 2015

Susulan pembatalan, AirAsia Indonesia menawarkan dua pilihan kepada
penumpang yang terjejas sama ada memindahkan jadual penerbangan untuk
laluan yang sama bagi tarikh penerbangan 14 hari setelah pembatalan
penerbangan tanpa dikenakan bayaran.
Penumpang juga diberi pilihan kedua iaitu mendepositkan Credit Shell iaitu
bayaran dibuat kepada AirAsia senilai harga tiket yang dapat digunakan
untuk pembelian tiket AirAsia lainnya dalam masa tiga bulan. – Agensi