SEJAK kecil lagi kanak-kanak Bajau Laut dilatih untuk mengendalikan sampan. |
Laut yang menghijau di Lautan Pasifik adalah dunia mereka. Sejak berkurun-kurun lamanya, di sinilah kaum Bajau Laut dilahirkan, dibesarkan, bermain dan mencari rezeki.
Kaum unik itu juga digelar ‘gipsi laut’ kerana menghabiskan sepanjang hidup mereka di dalam bot dan tinggal di pondok yang dibina di atas air serta sering berpindah-randah.
Komuniti itu biasanya ditemui tinggal sepanjang kepulauan Borneo di Malaysia, Filipina, Indonesia dan Brunei.
Kerana sering berpindah, kaum itu tidak mendapat pengiktirafan mana-mana negara. Kaum itu tidak pernah mengira berapa usia mereka dan hampir semua tidak tahu membaca atau menulis.
Untuk hidup, Bajau Laut bergantung pada pengetahuan meluas mereka terhadap lautan untuk mencari makanan dengan menangkap ikan.
Kanak-kanak belajar berenang dan menyelam sejak usia yang terlalu muda dan seawal lapan tahun, mereka mahir menangkap ikan atau kehidupan laut yang lain.
Jurugambar Perancis, Rehahn tinggal bersama komuniti itu selama lapan hari bagi menyelami kehidupan kanak-kanak Bajau Laut yang unik.
Rehahn, 35, berkata, kanak-kanak Bajau Laut hidup dengan aman dan penuh ketenangan tanpa gangguan arus kemodenan.
“Mereka seperti ikan di laut. Kanak-kanak yang masih muda sering dilihat mengemudikan sampan berseorangan dan mereka teruja apabila melihat orang asing.
“Mereka melompat dari sebuah jambatan kayu apabila melihat saya merakam gambar mereka. Kanak-kanak ini menjadi subjek gambar saya yang sempurna sekali,” katanya.
Dikelilingi air sejak dilahirkan menyebabkan kaum ini antara penyelam paling mahir di dunia.
Mereka mampu menyelam hingga kedalaman 20 meter selama beberapa minit ketika memburu ikan atau udang karang.
Pemburu mahir ini biasanya menggunakan lembing untuk menangkap ikan dan mereka juga menyelam untuk mencari mutiara dan gamat.
Kajian juga mendapati, kaum ini mempunyai penglihatan baik ketika di dalam air kerana sering berada di laut.
Kanak-kanak juga sering mengalami gegendang telinga pecah kerana terlalu kerap menyelam.
“Kaum Bajau Laut sangat ramah dan mesra. Apabila saya tiba di perkampungan mereka, kanak-kanak terjun dari sampan untuk menghampiri saya.
“Beberapa keluarga juga menawarkan diri untuk saya tinggal bersama mereka,” kata Rehahn.
Walaupun kaum ini dilahirkan di laut dan tidak pernah tinggal di daratan, mereka sering ke tepi pantai untuk menukar hasil tangkapan dengan pelbagai barangan keperluan harian.
Tambah Rehahn, kaum itu tidak pernah menghiraukan mengenai masa yang beredar kerana bagi mereka, laut adalah segala-galanya. - Agensi
Kaum unik itu juga digelar ‘gipsi laut’ kerana menghabiskan sepanjang hidup mereka di dalam bot dan tinggal di pondok yang dibina di atas air serta sering berpindah-randah.
Komuniti itu biasanya ditemui tinggal sepanjang kepulauan Borneo di Malaysia, Filipina, Indonesia dan Brunei.
SEKUMPULAN kanak-kanak bermain di tepi pantai. |
Untuk hidup, Bajau Laut bergantung pada pengetahuan meluas mereka terhadap lautan untuk mencari makanan dengan menangkap ikan.
Kanak-kanak belajar berenang dan menyelam sejak usia yang terlalu muda dan seawal lapan tahun, mereka mahir menangkap ikan atau kehidupan laut yang lain.
Jurugambar Perancis, Rehahn tinggal bersama komuniti itu selama lapan hari bagi menyelami kehidupan kanak-kanak Bajau Laut yang unik.
Rehahn, 35, berkata, kanak-kanak Bajau Laut hidup dengan aman dan penuh ketenangan tanpa gangguan arus kemodenan.
KANAK-kanak mendayung sampan mereka menggunakan tangan. |
“Mereka melompat dari sebuah jambatan kayu apabila melihat saya merakam gambar mereka. Kanak-kanak ini menjadi subjek gambar saya yang sempurna sekali,” katanya.
Dikelilingi air sejak dilahirkan menyebabkan kaum ini antara penyelam paling mahir di dunia.
Mereka mampu menyelam hingga kedalaman 20 meter selama beberapa minit ketika memburu ikan atau udang karang.
Pemburu mahir ini biasanya menggunakan lembing untuk menangkap ikan dan mereka juga menyelam untuk mencari mutiara dan gamat.
Kajian juga mendapati, kaum ini mempunyai penglihatan baik ketika di dalam air kerana sering berada di laut.
Kanak-kanak juga sering mengalami gegendang telinga pecah kerana terlalu kerap menyelam.
“Kaum Bajau Laut sangat ramah dan mesra. Apabila saya tiba di perkampungan mereka, kanak-kanak terjun dari sampan untuk menghampiri saya.
“Beberapa keluarga juga menawarkan diri untuk saya tinggal bersama mereka,” kata Rehahn.
KANAK-kanak ini bebas bermain dengan aman tanpa gangguan arus kemodenan. |