KULALA NERANG - Percubaan Jabatan Pertanian Padang Terap menanam
cendawan jerami di Kampung Kubang Kenyeng, Mukim Tekai Kanan, dekat
sini, berjaya sekali gus dapat membantu penoreh mendapatkan pendapatan
sampingan.
Pegawai Jabatan Pertanian Padang Terap, Mohamad Yuzaidi Azmi berkata, pihaknya berjaya mengutip cendawan jerami itu sebanyak enam kilogram (kg) dengan hanya ditanam pada satu batas sahaja.
Katanya, hasilnya amat membanggakan dan saiznya lebih besar berbanding di negara jiran yang hanya mampu mengeluarkan cendawan sebanyak dua kg dari setiap batas.
"Ini menunjukkan cuaca dan tandan kelapa sawit negara kita mampu menghasilkan cendawan yang banyak kepada pengusahanya.
“Percubaan ini akan menjadi perintis kepada penoreh getah di sini untuk mendapatkan pendapatan di saat harga harga getah jatuh.
“Penjagaannya juga mudah kerana cendawan jerami ini hanya disiram sekali sahaja pada awal tanamannya dan boleh dikutip selepas 30 hari,” katanya.
Menurutnya, difahamkan harga cendawan jerami sekarang ini RM10 sekilogram di pasaran.
"Kini Jabatan Pertanian akan menyasarkan setiap penoreh akan dapat mengusahakan lima batas di ladang getah mereka dan yakin apabila tuai nanti mampu memberi perolehan sebanyak RM100 sehari," katanya. -Sinar Harian