Orang kampung protes harga tanah. Gambar: Sinar Harian |
YAN – Dianggarkan lebih 1,400 penduduk di sekitar Guar Chempedak dan Sedaka yang
terlibat dengan pengambilan tanah bagi projek jalan sambungan dari
Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Gurun ke Pulau Bunting memprotes nilai pampasan yang ditawarkan pihak berkenaan.
Wakil penduduk yang dikenali bernama Abu Yaziz Lazim, 65, menjelaskan bahawa kawasan yang majoriti tanah sawah hanya ditawarkan pampasan serendah RM3.80 hingga RM4.80 sekaki persegi.
Wakil penduduk yang dikenali bernama Abu Yaziz Lazim, 65, menjelaskan bahawa kawasan yang majoriti tanah sawah hanya ditawarkan pampasan serendah RM3.80 hingga RM4.80 sekaki persegi.
“Kami tidak bantah projek yang nak dijalankan, tapi kami cuma tidak puas hati dengan nilai harga tanah yang terlalu rendah.
“Sedangkan kawasan ini semakin maju dan sudah tentu harga tanah lebih tinggi. Ini menunjukkan berlaku ketidakadilan,” katanya memprotes, tidak puas hati dengan nilai pampasan yang diberikan.
Menurut sebuah portal media tempatan, penduduk di sekitar itu juga menuntut supaya pihak berkaitan dapat mengambil perhatian dalam masalah itu serta mempertimbangkan semula nilaian harga tanah di kawasan terbabit.
“Perkara ini menyebabkan 99 peratus penduduk yang berbangsa Melayu mengalami kerugian.
“Mahu tidak mahu mereka terpaksa terima dengan bantahan. Lebih menyedihkan apabila semasa sesi perbincangan, ada pihak yang mencabar penduduk supaya bawa perkara ini ke mahkamah,” katanya baru-baru ini.
Tegasnya, para penduduk tidak mampu untuk menyahut cabaran membawa kes berkenaan atas faktor kewangan.
“Memang kita boleh cabar perkara ini di mahkamah, tetapi berapa orang sangat yang sanggup berkorban duit mereka untuk tujuan itu.
“Kalau ya, mereka terpaksa belanja wang yang banyak untuk melantik peguam, bayaran deposit tanah dan sebagainya. Penduduk tidak mampu melakukan perkara itu,” katanya menceritakan tentang cabaran terhadap orang kampung itu.
Abu Yaziz berkata, contoh nilai pampasan yang dibuat di Guar Chempedak pada 2008 adalah RM8.50 sekaki persegi.
“Pada 2009, pampasan tanah untuk projek laluan kereta api Guar Chempedak adalah RM7.75 sekaki persegi dan pada 2011 nilai pampasan yang dibuat untuk pembinaan masjid adalah RM13.60 sekaki persegi.
“Tetapi pada 2015, pengambilan tanah untuk projek ini turun mendadak sehingga RM4.80 sekaki persegi bagi kawasan zon perumahan,” kata hairan dengan nilai yang dikatakan turun secara tidak wajar itu.
Kata seorang pemilik tanah pula yang dikenali sebagai Harun Ali, 50, menjelaskan bahawa penduduk tidak menghalang projek yang ingin dilaksanakan, cuma mempertikai nilaian harga tanah yang dibuat.
Sebelum ini, media melaporkan tentang sebuah projek membabitkan pihak kerajaan yang direncana akan membina jalan sambungan sepanjang 18.6 kilometer (km) dari arah Gurun ke Pulau Bunting, di sini.
Pembinaan jalan itu adalah untuk memajukan kawasan daerah Yan terutama Pulau Bunting sebagai Pelabuhan Kedah (Kedah Port).
Dilaporkan sebanyak 54.3 hektar tanah penduduk terlibat dalam pengambilan itu.
Masing-masing dua rumah separuh batu, dua rumah kayu, enam rumah separuh
kayu, empat rumah batu dan selebihnya ialah tempat cuci kereta serta
gerai-gerai tepi jalan.
Difahamkan bahawa projek yang bernilai RM250 juta itu dijangka siap sepenuhnya pada 2017.
Difahamkan bahawa projek yang bernilai RM250 juta itu dijangka siap sepenuhnya pada 2017.