Memiliki struktur tulang pipi yang cantik, tubuh langsing dan
wajah persis seorang wanita, seorang lelaki kini sedang menempa nama
sebagai model wanita.
Memetik laporan dari hub berita antarabangsa, Mirror,
Stav Strashko dilaporkan berjaya memperolehi £100,000 (RM542,497) dengan hanya
mentransformasikan dirinya sebagai seorang wanita bagi iklan jenama
Rayban, L’oreal dan Diesel.
Menurut model berkenaan, ramai lelaki seringkali cuba mendekatinya kerana tertipu dengan wajahnya yang mirip perempuan.
Berusia 21 tahun, dia menceritakan detik permulaan kariernya sebagai model secara tidak sengaja selepas bertemu dengan seorang agen beberapa tahun lalu ketika membeli belah.
“Ujar individu itu, saya memiliki tulang pipi yang cantik dan fizikal saya sempurna untuk menjadi seorang model,” jelasnya kepada portal berkenaan.
Dia kemudiannya diserapkan dalam satu agensi permodelan dan memulakan kariernya dalam majalah fesyen.
“Mereka berkata, saya boleh menjelmakan diri sebagai lelaki dan perempuan. Saya boleh memperagakan pakaian untuk kedua-dua gender,” ceritanya lagi.
Bagi menampakkan sisi feminin, Stav kemudiannya terpaksa menghilangkan bulu-bulu di bahagian muka dan tubuhnya yang lain, serta perlu memakai seluar yang ketat untuk menghilangkan kesan alat sulitnya. -Kedahnews.com