Seorang lelaki dipenjarakan selepas merompak sebuah rumah dan
kemudian menjual hasil rompakan berhampiran rumah mangsa keesokannya.
Dengan menawarkan 20 yuan (RM11) untuk setiap baju baru yang berharga
kira-kira RM60 sepasang, perompak berkenaan menarik ramai pembeli pagi
Selasa lalu di gerai sementara yang didirikannya.
Antara mereka yang berkerumun di kedainya itu adalah pemilik asal
baju berkenaan, yang dikenali sebagai Li, tuan punya sebuah butik
tempatan.
Li kebetulan singgah di gerai itu ketika dalam perjalanan ke balai
polis untuk membuat laporan mengenai kecurian puluhan baju baru yang
dicuri dari rumahnya.
Sebaik menyedari pakaian yang dijual itu miliknya, Li menelefon polis.
Lelaki itu mengaku merompak rumah Li ketika disoal siasat polis dan dihadapkan ke mahkamah.
Dia bagaimanapun bukan perompak bodoh pertama di China.
Baru-baru ini, seorang lelaki ditangkap selepas menjirus tandas di
rumah yang dirompaknya, menyebabkan tuan rumah itu terjaga dari tidur. –
Agensi