4 Calon Berentap Rebut Kerusi Anwar |
PERMATANG PAUH – Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Permatang Pauh kali ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), PKR, Parti Rakyat Malaysia dan seorang calon Bebas.
Calon BN yang merupakan seorang anak tempatan dari Permatang Pasir, Suhaimi Sabudin bakal mencabar Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang cuba mempertahan kerusi parlimen suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sementara itu, turut disahkan sebagai calon sebentar tadi adalah Salleh Ishak (Bebas) dan Azhar Shah Othman daripada Parti Rakyat Malaysia.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Jusni Ismail mengumumkan pencalonan keempat-emapt calon berkenaan sejurus selepas proses penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini ditutup secara rasmi pada 10 pagi selepas dibuka selama sejam.
Proses penamaan calon yang bermula pada jam 9 pagi berjalan lancar dengan ribuan penyokong parti-parti yang bertanding yang hadir seawal jam 7 pagi tadi, dan mereka mematuhi peraturan untuk berada di luar kawasan pusat penamaan calon sepanjang proses penamaan.
"Tidak ada borang pencalonan yang ditolak," kata Jusni menjelaskan pihaknya hanya menerima empat pencalonan tersebut dan tidak ada pencalonan yang ditolak SPR.
Sebelum itu, Suhaimi, 43, yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh diiringi belasan ribu penyokong BN diketuai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ke pusat penamaan calon.
Turut hadir mengiringi beliau ialah Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong.
Selain itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil turut bersama memberi sokongan calon BN itu, di sini.
Di pihak PKR, Dr Wan Azizah diiringi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Wan Azizah pernah memenangi PRK Permatang Pauh mengisi kekosongan yang ditinggalkan Anwar sebelum melepaskan kedudukan itu kepada suaminya selepas itu.
Ekoran didapati bersalah dalam satu kes jenayah, Anwar kemudian sekali lagi hilang kerusi parlimen Permatang Pauh apabila Yang DiPertuan Agong tidak meluluskan permohonan keampunan DiRaja yang dipohon selepas dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun.
Sementara itu, calon bebas pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang lalu, Dr Abdullah Zawawi Samsudin, 47, pula menarik diri daripada bertanding selepas mendapati ada calon Bebas lain yang bertanding.
Dengan pengumuman SPR itu maka bermulalah kempen bagi PRK Permatang Pauh yang akan berakhir pada hari pengundian, 7 Mei ini. -Kedahnews.com