Luahan Rasa PasMa Pulau Pinang Pada PAS

Bilik gerakan PasMa yang diserbu SPR hari ini.
PERMATANG PAUH - PasMa Pulau Pinang kecewa dengan sikap dan salah faham para para penyokong PAS terhadap NGO berkenaan yang dikatakan cuba mengambil alih tempat parti itu di dalam pakatan pembangkang.

Ketua Penerangan PasMa Negeri, Nasoruddin Shah Mat menegaskan bahawa PasMa merupakan sebuah platform kepada golongan yang mahu membantu dan memberi sokongan politik kepada Pakatan Rakyat.

"NGO ini dibuka bukan untuk ambil alih PAS atau apa, ia lebih kepada mahu membantu PR sebab ada kumpulan yang bukan ahli PAS, bukan ahli PKR dan bukan ahli DAP tetapi mengundi PR.

"Macam saya sendiri, bukan ahli parti mana-mana tetapi memang penyokong kuat PR, kalau ikutkan di Malaysia ada 4 juta lebih yang mengundi PR," katanya ketika ditemubual Kedahnews.com sebentar tadi.

Justeru itu katanya, PasMa Pulau Pinang kecewa dengan tuduhan PAS dan penyokongnya yang melarang pembabitan ahli parti itu di dalam NGO tersebut.

"Kebetulan, dengan keadaan krisis dalam PAS berlaku, bila kita buat program, ramai ahli PAS yang datang kemudian dok tibai, bagaimanapun ketika ini tujuan kita satu hendak menangkan PR," katanya di sini hari ini.

Semalam, Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi memberitahu bahawa pihaknya akan memutuskan untuk bertukar kepada parti politik yang memihak pada pembangkang atau kekal sebagai sebuah NGO di muktamarnya yang direncana bakal dilangsungkan pada Jun ini. -Kedahnews.com