CHANGLOON - Sekumpulan pendatang tanpa izin (Pati) bertindak cuba
menyembunyikan diri di dalam tangki air dan bahagian siling rumah ketika
diserbu pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Kedah, di
sini, awal pagi semalam.
Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata, serbuan dalam Operasi Sapu dan Operasi Pintu dilakukan ke atas beberapa buah rumah sekitar Changloon yang disyaki menjadi tempat perlindungan Pati.
Menurutnya, bertindak atas maklumat operasi yang diketuai Penolong Pengarah Imigresen Kedah, Nor Azman Ibrahim berjaya menahan 31 warga Indonesia disyaki Pati termasuk dua individu disyaki melindungi Pati tersebut.
"Ketika serbuan selama dua jam bermula 1.50 pagi dijalankan, kesemua Pati sedang tidur.
"Sebaik sedar kehadiran anggota kami, mereka cuba menyorok dalam tangki air, bagaimanapun taktik itu berjaya dikesan anggota kita," katanya.
Mohamad Yusri berkata, pemeriksaan lanjut mendapati Pati berkenaan didapati melakukan kesalahan kerana tinggal di negara ini secara haram.
“Dalam serbuan ini, kita menahan 16 lelaki dan 15 perempuan termasuk dua individu tempatan disyaki penjaga Pati tersebut berusia antara 18 hingga 48 tahun.
“Siasatan awal disyaki 29 orang yang ditahan melakukan beberapa kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 (pindaan 2002) kerana tinggal lebih masa selepas tamat tempoh sah,” katanya.
Katanya, manakala dua lagi yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56 (1)(d) Akta Imigresen 1959/1963 (pindaan 2002) kerana melindungi warga asing.
“Kesemua mereka ditahan di lokap Jabatan Imigresen Negeri Kedah di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Alor Setar untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan ke Depot Imigresen Belantik, Sik,” katanya. -Sinar Harian